Kelas Asas Komputer MS Office Powerpoint

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2019 yang lepas, Pusat Internet (PI) Sibujaya mengadakan Kursus asas Komputer MS Office Powerpoint di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada belia dan pelajar terlibat dengan kelas ini. Kelas berlangsung pada jam 1:30 petang sehingga 4:30 petang yang mempelajari asas penggunaan Microsoft Powerpoint untuk kegunaan harian.

Kelas ini juga mengajar para peserta cara-cara mudah untuk menggunakan perisian MS Powerpoint, yang bertumpu kepada membuat pembentangan dan berkongsi tips-tips menghasilkan pembentangan yang menarik dan berkesan. Selain itu, perkongsian KDB dan Advokasi turut diadakan untuk memupuk penggunaan internet secara positif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali